Mayat terakhir mangsa yang hilang ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh semalam ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 4.35 petang ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mayat lelaki itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Menurutnya, identiti mayat berkenaan dipercayai Rapawi Jum’ada, 37 tahun.
Terdahulu, mayat keempat yang dikenal pasti sebagai Jeleha Hashim, 48, ditemukan oleh pasukan SAR kira-kira 3.45 petang.
Mayat seorang lagi mangsa, Silawati Zailan ditemukan kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
Semalam, mayat Hashir, 38, seorang warga Indonesia ditemukan kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 9.49 malam manakala mayat Jamaluddin Rapawi, 14, yang lengkap berpakaian dijumpai tersangkut pada pokok pukul 1.26 pagi tadi, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi. -Bernama
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/412863#DmTKE4gebDR15hpH.99

