Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mencatat keuntungan sebelum cukai belum diaudit sebanyak RM4.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017, berbanding RM8.9 juta pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, syarikat masih mencatatkan kerugian terkumpul RM2.9 bilion bagi 2017, menurut KTMB dalam kenyataan hari ini.
Antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian positif itu adalah penjanaan pendapatan operasi sebanyak RM523.1 juta pada 2017 berbanding RM525.5 juta pada 2016, katanya.
Pendapatan tersebut dijana oleh perkhidmatan tren ETS Padang Besar - Gemas, perkhidmatan tren Shuttle Tebrau dan perkhidmatan tren KTM Komuter Sektor Utara.
Pada tahun ini, KTMB optimis prestasi kewangan akan kekal positif dengan unjuran peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 59 peratus berbanding tahun lepas.
- Bernama
Read more at https://www.malaysiakini.com/

